:o:0:O

:)

Saturday, September 25, 2010

back to the oldies. :)

hey, jumaat lepas aku pergi ke SEKOLAH MENENGAH AGAMA KUALA SELANGOR sebagai facee untuk program Future Leader Outreach. lepak ngan budak sekolah balik buat aku rasa muda sangat. hehe. baru tak sampai setahun tinggal sekolah dah macam apa dah aku ni rindu kat sekolah.

perjalanan bermula pukul 4 petang bertolak dari UTP. kami ikut jalan dalam. yang menarik dengan pemandangan yang paling indah lah aku rasa. sawah padi, pokok pokok kelapa, dan lain lain pokok bunga. dalam bus aku tak buat apa pun just tengok movie cerita 'i now pronounce you chuck and larry' about gay marriage. haha.

sampai je aku rasa lain macam sebab mengenang kan sekolah tu sekolah agama. mesti aku akan jadi bahan diorang nanti. dan memang betul sangakaan aku bila kitorang facee-facee habis makan and bergerak ke dewan besar tempat kebanyakkan activity dijalankan. pelajar lelaki mula pandang aku dengan pandangan yang mengatakan 'apasal dia ni nampak lain macam je?'
aku peduli apa. korang budak sekolah je.

ok activity pertama setelah budak budak ni dibahagi group, ice breaking, kalau camp biasa akan suruh lukis logo buat slogan semua. haih. bosan, tapi kali ni diorang kena tanya aku 20 soalan pasal diri aku dan lukis atas kertas mahjung. hehe. best tuuu.. rasa feymes.

and then diorang kena present kat depan, bongek dengan bangga memanggil group aku pula yang present. aku dah segan segan dah.
ini facee dia!

ok itu activity malam tu. esok nya, kitorang tak dapat breakfast because lambat sikit lah.. muka muka lapaar.
ini masalah.
ini pun masalah jugaa..

Pagi pagi ada ceramah. aku dengan bangga mencucuk telinga dengan earphone ipod yang memainkan drumline soundtrack. memang seronok lah.

after that kitorang ada sharing session. gambarnya tiada because aku punya group jauh sangat lepak. hehe takpa. next, ada debate session untuk budak budak ni. aku bahagikan diorang dalam group, aku bagi diorang watak. ada 3 group, watak 1, PEGAWAI BANK. watak 2, BUSINESSMAN. watak 3, BOMBA. case nya pula, diorang dalam kapal terbang yang dah nak terhempas, dalam tu ada satu payung terjun je. diorang kena debate lah sapa yang nak dapat parachute tu. hehe. kecoh jadinya. aku teringat zaman aku berdebate. ngeh.





second game kitorang main, kami diberi bahan iaitu pensil, pen, tape, getah, kertas a4, baloon, marker pen. kertas tu kena buat kenderaan, yang lain lain tu kena jadikan force untuk menggerakkan dia. susah woo. group aku tak menang lah.
next game, feveret aku. paling comel lah. yang baling telur dari tingkat atas tu. tengok pecah ke tak pecah. hehe. macam macam ada. idea paling baik budak group aku ialah, guna tanah selut. wuih.. memang aku tak pegang lah. tapi pecah gak. sikit je. tingkat 4 kot..


dah habis dah activity.. aku pun rasa release lah. dah siap tugas aku untuk tolong diorang.. hehe. aku buat biasa je lah. kutip borang feedback semua. tiba tiba ada budak ni,

budak : akak! (hulur kertas and pen)
aku : ye dik, ada apa?
budak : nak email akak boleh?
aku : oh, jap ea. (pergi pass feedback form tu kat orang lain)

tak sangka pula. ada juga yang appreciate. ingatkan aku ni bahan dia and kawan kawan dia je. rasa terharuu... :'(
kemudian ramai pula budak budak yang minta autograf semua. aku ingat aku dipandang lain macam. rupanya tak. diorang kepala cool... hehe. terimass lah wahai adik adik...

on the way balik, kitorang singgah rumah kak amat, rumah dia otw je kot. so makan makan kat sana, dalam 5 lebih tu kami gerak lah. singgah sungai nibong jap. lepak tengok laut.

*sweet kan? haha. :P
ini uncle tangkap ketam. terbaik!
ini pula, kes aku main ngan budak kecik yang comell amaaaattt...


after that kitorang balik lahh. otw tu ada accident. aku jenguk kat luar ada surat khabar. aku nampak ada orang bawah surat khabar. aku dah cuak dah. dah lah aku tak suka benda benda macam tu. haih. dah lah jangan merempit lah budak budak oi.

great exprience kan. hehe. best. aku tak lupa. ini event pertama aku. bangga weyh, paling muda dalam team. hehe. ok daa. till nest time. (:

4 comments:

  1. haha. baru jadi facee dah kecoh. haha

    ReplyDelete
  2. hahaha.... cm knal jer sper "BUDAK" 2.....hehehe..trharu nie

    ReplyDelete