:o:0:O

:)

Thursday, September 23, 2010

cerita yang kau tak faham I

suatu hari aku berjalan di tepi tasik yang indah pada petang bersama angin sepoi sepoi bahasa.
melihat ragam orang yang pelbagai dan penuh perasaan.
ada yang geram, ada yang meluat, ada yang terperanjat dan yang best, ada yang meraung dalam hati. itu yang aku nampak setelah beberapa meter aku berjalan di tepi tasik yang indah itu.

melangkah lagi aku nampak lagi dan lagi perasaan dan parangai orang orang yang pelbagai yang jika kau berada di tempat aku pun akan hairan, mana datangnya mimik yang sebegitu rupa yang kadang kala membuat kau berasa loya melihatnya.

perjalanan diteruskan dengan tenang sambil melayan lagu alesana - beautiful in blue. band terbaik yang aku gemar sangat sangat sangat sangat. aku tersenyum melihat keletah seorang budak kecil yang maybe umurnya lebih kurang 3 tahun. comel sangat pipinya sampai aku berhenti hanya untuk mencubit pipinya yang gebu itu. ibu dan bapanya hanya tersenyum saja melihat aku hampir menculik anak mereka. haih ibu bapa kini. tak pernah ambil iktibar yang berlaku di masa kini.

budak kecil itu mengingat kan aku ketika aku bekerja di Mcdonald's Sogo di Kuala Lumpur.
aku terlalu suka melayan kanak kanak kecil yang pastinya gembira di sana.
sehinggakan ada salah seorang collegue aku mengadakan perbualan di bawah ;

kawan : rynn, kau suka sangat layan budak kan?
aku : yess. mereka comel sangatttttt!!!
kawan : tu lah kau, aku suruh kahwin kau tak nak!
aku : alah awal lagi lah. terlalu awal. belum jumpa lagi. lagipun aku belum habis belajar lagi.
kawan : (muka menyampah)
aku : taknak hampakan ibu. aku nak sengangkan dia dulu. habiskan adik aku belajar.
kawan : baru kahwin! bagus bagus niat kau. aku doakan.
aku : terima kasih. harap haraplah aku jumpa yang terbaik.

tiba-tiba ada suara yang aku amat kenal menampar gegendang telinga aku.
bila aku toleh. . .

No comments:

Post a Comment