:o:0:O

:)

Friday, October 01, 2010

cerita yang kau tak faham II

bila aku toleh, wajah yang lama aku tak nampak membuat jantung aku hampir berhenti selama 2 saat. *huih gila apa ni. betul ke apa aku nampak ni...

aku : eh, hai. kau..
dia : hai. tak sangka boleh jumpa kat sini ya.
aku : sama lah kita.
dia : selalu ke datang sini?
aku : tak juga. kadang-kadang je. bila ada masa free. kau?
dia : ouh. aku teman adik aku dengan kawan kawan dia lepak kat taman ni je. sambil tu aku berjalan lah.
aku : adik kau?
dia : oh, adik tiri aku. lepas kau pindah tu.. ayah aku kawen lain. mak aku..
aku : dah meninggal kan. aku tahu tu.. mak aku ada bagitahu.

aku rasa bersalah pula tanya. tapi dia cool je. *fuh, selamat

aku : eh, sorry lah. tak berniat nak buat kau rasa macam tu pula.
dia : eh takpa lah. dah biasa dah.
aku : *diam aje.
dia : eh, kata lah rumah kau dekat dekat sini je?
aku : oh, takda lah dekat.. tapi boleh lah. kenapa?
dia : ada kenduri doa selamat nanti kat rumah mak tiri aku. dekat dekat sini juga. datanglah.
aku : ouh nanti lah. aku tengok jadual aku dulu. takut clash dengan apa apa aktiviti lain ke.
dia : harapnya kau datang lah.

aku dah tak tahan dah dengar suara dia. otak aku pantas memikirkan jalan untuk escape dari dia ni. akhirnya..

aku : eh, itu kawan aku tu! *pakai point je sesapa yang aku nampak.
dia : oh yeke? taknak kenalkan ke?
aku : oh takpa. dia pemalu. aku pergi dulu lah ye. kesian dia tunggu nanti.
dia : eh datang tau.

aku diam je. laju aku jalan menuju kereta aku. huh.. aku heran macam mana aku boleh jumpa dia balik ni. aduhhh.. dia lah antara orang yang paling aku elak nak jumpa selain osama laden tu. bukan nya apa. ada cerita sebalik muka dia tu.

dulu kami tinggal satu neighbourhood. selalu juga bermain bersama. petang petang ke taman permainan. main bola sama. gusi aku berdarah sampai bengkak sebab dia sepak bola kena muka aku.

*malas, nanti lah sambung!

cop. rasa nak makan pizza lah. ada yang nak belanja?

No comments:

Post a Comment