:o:0:O

:)

Sunday, November 21, 2010

kau ada teman?

sebab aku takde.
aku takda ramai kawan macam kau.

aku suka senyum. tapi tak semua balas senyuman aku. tak heran pun.
aku buat hal aku. aku tak kacau orang.

tapi, aku pun manusia biasa. ada hati dan perasaan.
aku cuma nak ada teman. kawan.

definisi kawan :
-seseorang yang aku boleh ketawa sama-sama.
-seseorang yang boleh tolong aku buat assignment.
-seseorang yang akan tahu kalau aku tak makan lagi.
-seseorang yang takkan marah kalau aku kutuk boyfriend dia.
-seseorang yang akan belanja aku makan kalau aku dapat result bagus.
-seseorang yang aku takkan menyesal kalau aku mati kerana dia.
-kalau boleh dia akan kutuk aku kaw kaw kalau aku dress macam paraok!

aku tahu. semua orang berbeza. tapi kita boleh belajar mengenali kan.
kau, aku, hati.

aku ada ramai kenalan. tapi susah nak cari kawan.
semua ada kisah ceritera masing masing.

kenalan yang hanya singgah dalam kepala otak aku untuk sementara.
bila dah tahu kelamahan aku. diorang blah.

biasalah orang Malaysia. cintakan kesempurnaan. kehebatan kuasa.
tapi tak pernah berusaha. kalau boleh semua nak depan mata.

aku sunyi. bosan. sorang.

tapi kau peduli apakan, kau hanya kenalan.
apa kau tahu. sempurna. kawan akan tolong aku bila tahu aku ni lemah.

terima kasih kenalan. terima kasih.

*kadang kadang. cakap dengan binatang pun diorang lagi paham. aku nak seekor anak kucing boleh?

1 comment:

  1. nice post!worth reading...keep up the good work..

    ReplyDelete