:o:0:O

:)

Sunday, March 06, 2011

zahiril adzim

recognize that name? hehe. he is an actor! lol

ok i never thought a celebrity could have such a beautiful 'other' side.
why? because since i was a kid, i was never encouraged to be in the art-sy part of the world. i never ask why. so i just go through my life ignoring those who call themselve the celebrity. NO i dont hate them, just not into them that much.

ok, enough with the boring part. lets move on. kenapa aku post macam ni sebab aku jumpa blog dia! sangat kool ok! kool gila as in boleh buat aku gali semua entry entry dia yang berkepam lama tuu! hoih! best shimaii. i loike nok! aku dah lah suka baca cerpen cerpen yang mind fishing sikit nih. every short story this guy wrote, brings you to another world. it takes you far into the scene and makes you think, whats actually going on in the surrounding of the story. it makes you wonder why, what, when and all! it makes you find the significance of the story in you life! i loike that..

ok, here is an example of his post, entitled -MULUT-

"Mulut kau buat kita dalam masalah! Kau tau tak?!"

Aku terdiam. Tak tahu nak rasa apa. Kesal mungkin, marah pun mungkin. Entah.

Bila aku pulang ke rumah malam tu, cepat - cepat aku tanggalkan mulut aku, lalu aku letak atas meja. Kemudian aku duduk di sofa, betul - betul mengadap mulut aku.

Aku merenung.

Apa yang patut aku buat dengan mulut aku ni? Apa betul mulut aku ni selalu bawak aku dalam masalah? Dah lah tu, dengan orang lain pun tak pasal - pasal diheret sekali dalam masalah tu. Argghh. Aku buntu.

Tiba - tiba, elok pulak lagu John Mayer - My Stupid Mouth berkumandang.

Ah sudah, aku fikir. Ini racun dari syaitan ke apa? Ni apa ni? Kebetulan stail apa ni? Metafora apa ni? Nak suruh aku buang mulut aku jauh - jauh?

Taknak. Aku fikir aku harus bagi peluang kedua pada mulut aku. Aku yakin, kali ini mulut aku takkan bawa aku dan sapa - sapa lagi dalam masalah. Everyone deserves a second chance, takkan mulut aku tak boleh? Mulut je kot. Bukan satu badan pun yang buat masalah! Bila sebut perkataan everyone tu, maksudnya manusia. Seluruh tubuh badan manusia. Termasuklah kepala, kaki, tangan, badan dan lain - lain. Tapi ini mulut je yang buat pasal. Mesti layak untuk second chance!

Lalu aku nekad untuk jaga elok - elok mulut aku ni. Terus aku ambik mulut aku dan aku basuh bersih - bersih di sinki dapur. Aku basuh dengan clorox. Aku sental kuat - kuat. Aku basuh tiga kali, aku sabun tiga kali kemudian aku bilas dengan air lagi tiga kali. Memang kali ni, mulut aku betul - betul bersih. Kemudian aku perah cermat - cermat dan aku jemur di ampaian luar rumah untuk dikeringkan semalaman, sebelum aku masuk tidur.

Dan esok paginya, bila aku sudah siap - siap untuk ke kerja, aku dapati mulut aku telah hilang dari ampaian.

Dicuri orang.


*suppose ada gambar mangkuk 2 orang tapi i kinda like it without the photo. sorry bro!


ok, to see more of his mind twisting stories click here>> [GO]


No comments:

Post a Comment