:o:0:O

:)

Sunday, December 02, 2012

hilang

"kau bukan setakat hilang boyfriend kau"
"kau juga hilang kawan baik kau"
"tempat kau bercerita walau perkara sekecil zarah"
"teman kau ajak berbual ketika bosan"
"teman yang kau cari bila ada masalah"
"teman yang bantu kau bila kau susah"
"kau hilang kawan yang tahu segala perit jerih kehidupan kau"
"seseorang yang kau ingat akan jaga kau sampai mati kat dunia ni"
"sebab tu kau sakit sampai macam ni"


itu yang aku cakap pada kawan aku yang hatinya baru je hancur dek kerana rasa sayang yang teramat. dek kerana kebodohan dia sendiri yang memberi kepercayaan kepada seseorang. dek kerana seseorang yang Allah letak dalam hidup dia sebagai satu pengajaran untuk dia dan orang lain.


(bagi aku dia teranaiya. dia sakit. aku nampak tu. harap dia kuat menempuhi ujian ini.)


"kini, mari berdamping dengan Allah. berdoa banyak banyak supaya kau kuat"
"doa kau akan makbul kawan."
"Allah sayangkan kau."
"nanti Allah balas setimpal sakitnya pada dia."
"sekarang ni kau chill dulu. mai isap shisha dengan aku"


(aku sayang kau kawan. takpa, kau masih ada Allah. kau ada aku.)

No comments:

Post a Comment